July 27, 2012

PERCUTIAN KE SABAH PART 2

[ PART 1 ]

Hari Ketiga 

hari ketiga kami menuju ke Pulau Manukan, salah satu kepulauan yang terdapat di sabah . perjalanan dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit. dekat je sebenarnya. kalau korang nak ke pulau manukan, terdapat banyak pakej yang korang boleh ambil dan selalunya pakej ni termasuklah bayaran bot atau feri  , pakej snorkeling dan bayaran masuk ke pulau. kiteorang ambil pakej yang murah je, makanan? masak sendiri dari rumah. 



sampai je di pulau manukan , terus dengan aktiviti snorkeling. air laut yang jernih dengan pemandangan yang cantik memang rugi kalau tak ke sini. 




madagascar team -_-"

dah penat bersnorkeling,masa untuk berjalan - jalan sekitar pulau. buat korang yang nak stay disini, ada je perkhidmatan chalet disediakan. pendek kata semua ada dekat sini, kedai makan , kedai cenderahati dan macam - macam lagi. 











jadi itulah aktiviti kami sepanjang hari ketiga di sabah. semuanya aktiviti laut ! untuk hari - hari seterunsya nantikan update dari budak pacak ! adios.... 

p/s : subhanallah cantiknya ciptaan-Nya 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

~PILOT LOVER~ on July 27, 2012 at 12:37 PM said...

cantiknyer view laut tuh :)

Dania Eryati on July 27, 2012 at 3:08 PM said...

lepas raya nak ke manukan lagiiii....yg tak best ..air laut tu..masinnnnnnnn..(mesti la masin kan)

 

BLOG BUDAK PACAK Designed by Alieff Artwork